Thursday, October 29, 2009

Perancangan Strategik Jabatan Bahasa

MATLAMAT STRATEGIK 1
Pengurusan Kurikulum Yang Cemerlang dan Prestasi Akademik meningkat
Objektif 1 : Meningkatkan Kecekapan Pengurusan Dalam Kalangan Pengerusi Panitia Jabatan Bahasa
Strategi:
i. Melaksanakan program atau aktiviti in-house training yang berkesan
ii. Mesyuarat Panitia /Jabatan sekurang-kurangnya 4 kali setahun

Objektif 2 :Melaksanakan pemantauan Akademik
Strategi:
i. Memperluaskan aktiviti pemantauan akademik serta mengambil langkah-langkah memastikan guru mempraktikkan P & P yang berkesan di bilik darjah
Pemantauan Proses P & P di bilik darjah
Penyeliaan Buku Rekod Mengajar
Penyeliaan Buku latihan pelajar
Penyeliaan Fail Panitia
Pemantauan PLBS / ULBS
Pemantauan Headcount murid
Ii Mewujudkan guru mentor dalam kalangan guru senior berpegalaman.

Objektif 3 :Meningkatkan kualiti Pengajaran dan Pembelajaran Guru
Strategi
i. Melaksanakan kursus kemahiran penggunaan ICT
ii. Kursus Guru Bukan Opsyen
iii. Kursus Kemahiran Penggunaan Buku Teks dalam P & P
iv. Kursus Pedagogi berkesan
v. Kursus Teknik Pemarkahan
vi. Kurusu Penghayatan HSP

MATLAMAT STRATEGIK 2
Memastikan sifar gagal dalam pencapaian peperiksaan awam(PMR/SPM /STPM)
Objektif 1 :Melaksanakan program-program khas akademik mengikut kumpulan sasaran tertentu
Strategi
i. Kem Kecemerlangan Akademik
ii. Klinik Pelajar Galus
iii. Gerak Gempur mata pelajaran
iv. Program Motivasi Pelajar Cemerlang
v. Anugerah Kecemerlangan (Anugerah Ketua Jabatan)
vi. Kelas Tambahan Terancang
vii. Program Nilam

Objektif 2 :Meningkatkan program perkongsian pintar dengan ibubapa pelajar
Strategi
i. Hari Bertemu Pelanggan Jabatan / Panitia
ii. Majlis Konsultasi ibu bapa pelajar galus

MATLAMAT STRATEGIK 3
Mengoptimumkan Fungsi Bilik SAL dan Bilk Sumber lain sebagai Pusat Rujukan Kendiri.
Objektif 1 :Menambahbaik prasarana Bilik SAL
Strategi
i. Mengaktifkan JK Bilik SAL dan menyediakan agihan tugas yang jelas
ii. Menambahbaik keceriaan Bilik SAL
Objektif 2 :Memastikan Bilik SAL berfungsi
Strategi
i. Mengadakan kempen penggunaan Bilik SAL
ii. Menambahkan bahan rujukan
iii. Menganjurkan aktiviti-aktiviti berbentuk pertandingan
iv. Menyediakan jadual penggunaan dan jadual bertugas guru.
MATLAMAT STRATEGIK 4
Membudayakan Penyelidikan dan Pembangunan Dalam Kalangan Guru Jabatan Bahasa
Objektif 1 :Menghasilkan Kajian Tindakan
Strategi
i. Mengadakan taklimat Kajian Tindakan
ii. Menganjurkan Kursus Dalaman Kajian Tindakan
iii. Memberi penghargaan kepada guru yang Berjaya menghasilkan Kajian Tindakan
Objektif 2 :Memperbanyakkan pembinaan modul mata pelajaran
Strategi
i. Menetapkan sasaran bilangan modul bagi setiap mata pelajaran di setiap tingkatan
ii. Memantau penggunaan modul semasa proses P& P
MATLAMAT STRATEGIK 5
Membina kolaborasi berkesan dengan pihak luar berkepentingan dalam menjayakan program dan aktiviti jabatan
Objektif 1 :Hubungan dua hala yang erat dengan DELO Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Puteh
Strategi
i. Menjemput DELO menyertai aktiviti-aktiviti guru dan pelajar dari semasa ke semasa.
ii. Mendapatkan maklumat terkini dari PPD dari semasa ke semasa
iii. Menghadiri tanpa gagal semua mesyuarat dan seminar yang dianjurkan oleh pihak PPD dan JPN.
Objektif 2 :Hubungan dua hala yang erat dengan pihak PIBG dan ALUMNI(KAMILIAN)
Strategi
i. Menganjurkan majlis perjumpaan ibubapa atau Hari Bertemu Pelanggan Jabatan Bahasa
ii. Menjemput wakil-wakil PIBG dan KAMILIAN dalam majlis perasmian aktiviti Jabatan Bahasa di peringkat sekolah.
iii. Menyebarluaskan semua program dan aktiviti guru dan pelajar.

0 comments:

Post a Comment